Tuesday, April 14, 2009

JIKA BENAR CINTA

JIKA BENAR CINTA

Alaf 21 Sdn. Bhd

By Lynn Dayana

Harga Buku : RM 18.00
476 muka surat
ISBN 983-124-272-6



Sinopsis Novel.

Untuk apa disembunyi rasa hati yang terlukis di jendela mata


Dia sukar menyatakan rasa cinta. Seolah-olah ucapan keramat itu bila diucapkan, bakal menjerut lehernya sendiri. Pengalaman lalu yang pahitnya masih lagi terasa juga menjadi punca mengapa dia tidak mahu berlindung di bawah payung hati lelaki. Teduhnya mungkin sementara saja. Kalau boleh, dia mahu hidup sendiri.

Namun, sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukim di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang. Asyik terkenang-kenang.

Gila. Memang benar, cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semuanya indah belaka.

Tetapi...sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali jika hatinya dilukai? Dia tidak tahu. Menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.

Bukan sesuatu yang mustahil, namun 'jika benar cinta' segalanya memerlukan pengorbanan...

My Rating ****

Review...


Wednesday, April 8, 2009

ANTARA DUA PERSIMPANGAN

ANTARA DUA PERSIMPANGAN

Creative Enterprise Sdn. Bhd

By Siti Rozilah

Harga Buku : RM 22.90
467 muka surat
ISBN 983-893-466-6



Sinopsis Novel.

SANDIWARA INI DI MANAKAH TITIK AKHIRNYA....

Dia keliru di dalam mengenali salasilah diri.
Kekeliruan yang membenteng antara kebenaran
dan dongeng zaman kanak-kanak. Kekeliruan
yang menimbulkan kebencian dan dendam...
Andai hari semalam dapat diputarkan menjadi hari
ini, barangkali dia tidak perlu lagi meratapi
kehilangan semalam bersama luka pertemuan hari ini...


My Rating ***


Review...


Terima kasih kepada KakNa sebab bagi pinjam novel ini, ok la cerita yang disampaikan...
tak lah bosan tapi seronok cuma jalan ceritanya banyak sangat persoalan...banyak sangat
rahsia sehingga ending nya pun masih lagi ada persoalan...

Suraya yang tinggal di kampung dan dibesarkan oleh nenek dan atuknya di kampung Simpang Empat...hidupnya penuh onak dan duri..Suraya tidak abis belajar...hanya setakat tingkatan 3 sahaja...otaknya seperti dah beku untuk menerima pembelajaran di sekolah...tetapi kalau bab akhirat otaknya memang ligat...senang untuk dia ajar...

atuk dan neneknya merahsiakan banyak hal tentang salasilah keluarganya...ibu dan bapa Suraya dikatakan sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.ibunya adalah berasal dari keluarga berada..nenek di sebelah ibunya juga dikatakan sudah meninggal dunia...

Namun hidupnya berubah apabila dia didatangi oleh nenda saudara sebelah ibunya...selama ini Suraya ingat dia hanyalah anak tunggal kepada arwah Abu Hanifah dan Tengku Ariana...nenda saudaranya memerlukan Suraya di Kuala Lumpur untuk menolongnya menjaga ketiga-tiga cucunya...anak kepada Tengku Fuad..isterinya sudah 2 tahun meninggal dunia...

Bermulalah hidupnya di Kuala Lumpur walaupun pada mulanya dia tidak mahu meninggalkan atuk dan neneknya di kampung tetapi apabila dipujuk dia ikut juga...

Di rumah Tengku Fuad juga la dia mengetahui satu lagi rahsia di mana nendanya sendiri masih hidup..kedatangan Suraya di rumah Tengku Fuad telah menyebabkan Tengku Fuad jatuh hati padanya...Gara-gara anak Tengku Fuad memanggil Suraya sebagai mama...

Di Kuala Lumpur juga la Suraya melanjutkan pelajaran yang tertangguhnya dulu...dia mengambil SPM atas nasihat Tengku Fuad...Tengku Fuad meluahkan perasaannya kepada Suraya tetapi di tolak oleh Suraya...menyebabkan Tengku Fuad kecewa lalu mengahwini Zaimah...Perempuan yang memang menyintai Tengku Fuad sepenuh hatinya.

Di rumah Tengku Fuad la Suraya berjumpa dengan nendanya Tengku Khairiah...Tengku Khairiah adalah peneraju Jana Canggih Holding. Selepas habis SPM Suraya tinggal dengan nendanya...hidupnya sentiasa dengan nendanya...sehinggakan Suraya tidak dibenarkan bercampur dengan staf di Jana Canggih sendiri.

Sehingga la jodohnya pun di tentukan oleh nendanya...Suraya disuruh berkahwin dengan Tengku Badrul iaitu cucu kepada rakan baik nendanya Tengku Tan Sri Basiron...yang dahulunya sepatutnya Tengku Ariana la yang sepatutnya berkahwin dengan anak Tengku Tan Sri Basiron iaitu Tengku Mahmud. tetapi Tengku Ariana seorang yang degil dan keras dia berkahwin juga dengan pemuda kampung iaitu ayah kepada Suraya.

Awal perkahwinan Suraya banyak sangat dugaannya kerana Tengku Badrul tidak menyukai dan menyintai Suraya. Tengku Badrul dah ada kekasih hati sendiri iaitu Fatin Mastura..hidup Tengku Badrul dan Fatin Mastura ibarat suami isteri walaupun mereka belum pernah berkahwin lagi...

Sehinggakan pada suatu hari Suraya dapat tahu pasal perhubungan Tengku badrul dan Fatin Mastura. Pada masa yang sama hubungan Tengku badrul dan Suraya semakin baik semanjak mereka bersama. Tengku Badrul mula jatuh hati dengan Suraya...

JOM IKUTI KESUDAHAN HIDUP SURAYA YANG PENUH DENGAN RAHSIA DAN PENGORBANAN!


Thursday, April 2, 2009

GERIMIS DIHATI

GERIMIS DIHATI

Alaf 21 Sdn. Bhd

By Sharifah Abu Salem

Harga Buku : RM 15.00
395 muka surat
ISBN 983-124-062-6



Sinopsis Novel.

Gerimis Dihati bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia kewujudan Emily hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta.

Sharifah Yasmin, kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya.Apatah lagi, melihat kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid berbalas.

Berjayakah Sharifah Yasmin melakukannya? Bagaimanakah Tengku Farid melalui kehidupan tanpa Emily? Mampukah Tengku Farid melakukan pengorbanan atau Tengku Farid sendiri yang terpaksa menjadi korban.

Denan garapan bahasa yang indah, lembut dan bersahaja,GERIMIS DIHATI pasti meruntun perasaan anda. Sebuah karya yan kaya dengan nilai kasih sayang pengorbanan.

My Rating ***

Review...

Saya pernah baca novel yang ditulis oleh penulis iaitu "PESONA RINDU", novel tu mencuit perasaan saya. Berbeza pula dengan Gerimis Dihati.

Novel ini, mengajar kita erti pengorbanan...Cerita tentang Emily yang datang ke Malaysia hanya
untuk berjumpa dengan ayahnya yang memang dia sendiri tidak pernah jumpa dan tengok serta tidak pernah merasa kasih sayang dari seorang ayah...

Emily yang mendapat telegram dari Tengku Farid yang menyatakan ayahnya sedang nazak datang untuk melihat ayahnya iaitu Syed Mukri. kedatangannya banyak sangat rintangan...

Emily perlu berdepan dengan Tengku Habibah isteri pertama Syed Mukri dan Sharifah Yasmin kakak kepada Emily anak Syed Mukri dan Tengku Habibah.

Selama dia di Malaysia dia menumpang di rumah ibu bapa Tengku Farid iaitu Tengku jamil dan Tengku Faridah. Tengku Jamil adalah adik ipar kepada Tengku Habibah manakala Tengku Faridah pula adalah adik kandung Tengku Habibah.

Tengku Jamil tidak dapat membawa Emily berjumpa dengan Syed Mukri kerana Syed Mukri selalu ditemani oleh Tengku Habibah ataupun Sharifah Yasmin dan Tengku Danial.

walaubagaimana pun Emily dapat juga berjumpa dengan Syed Mukri itupun selepas syed Mukri Koma akibat terkejut mendengar perbalahan keluarganya.

Apabila Syed Mukri sedar dari koma dia bertanyakan dengan Tengku Farid tentang Emily tetapi Emily tidak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana ayahnya telah meninggal dunia semasa Emily dalam perjalanan ke hospital bersama Tengku Farid. Begitu juga dengan Sharifah Yasmin yang tidak dapat berjumpa juga
dengah ayahnya.

Perbalahan dan persengketaan berlaku apabila surat wasiat Syed Mukri dibacakan...Emily antara penerima wasiat tersebut. Tengku Habibah yang mengetahui dia ditipu oleh Syed Mukri telah menyalahkan Tengku Jamil dan isterinya Tengku Faridah kerana menyimpan rahsia perkahwinan Syed Mukri dengan wanita Ingeris Shereen sehingga lahirnya Sharifah Emily binti Syed Mukri.

Sharifah Yasmin yang mencintai Tengku Farid bertambah la sakit hatinya kerana merasakan cintanya terhalang dengan kehadiran Emily. Dia melakukan bermacam-macam cara untuk memikat Tengku Farid tetapi tidak berjaya sehingga lah ibu Tengku Farid, Tengku Faridah membuat rancangan untuk menjodohkan Tengku Farid dan Sharifah Yasmin bertujuan menjernihkan keadaan.

Berjayakah Sharifah Yasmin Berkahwin dengan Tengku Farid? Bagaimanakah kesudahan tentang Emily dan Tengku Farid..Jom baca kesudahan novel ini.

Tuesday, March 31, 2009

CINTA KAU DAN AKU

CINTA KAU DAN AKU

Buku Prima Sdn. Bhd

By Siti Rosmizah

Harga Buku : RM 19.90
679 muka surat
ISBN 978-967-5234-28-6



Sinopsis Novel.

Hanya dirimu yang bisa membawa syurga
dalam hatiku
tanpa dirimu kuhanya manusia
tanpa cinta.

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat Milah tu
sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong
mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver,"
marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga
sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan
menerima saya?." soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak bagitau sayang yang abang sungguh bahagia
dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya.
Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia
dikejutkan denan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi,
suara yang menyebabkan dia kecewa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang
sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendenar suara
itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah
meragut kepercayaannya?

..........................................................................................................................................................................


Cabaran! itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya
novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah
sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba
untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. Penghargaan yan tidak terhingga pada Buku Prima yang tidak pernah jemu untuk terus mencipta nama saya di dalam bidang penulisan. Akhir kata, jutaan terima kasih tidak terhingga buat anda semua kerana tanpa anda siapalah saya. Cinta Kau Dan Aku teristimewa untukmu.


MY RATING *****

Review..

saya begitu teruja bila membaca novel pertama penulis iaitu "Andai Itu Takdirnya"...apabila saya tau penulis dah keluarkan novel terbaru cepat2 saya cari...alhamdulillah dapat juga la saya baca...

memang seronok baca tulisan penulis nie...mula-mula saya ketawa sorang-sorang...lepas tu geram...last sekali sedih...

macam mana la tak ketawa kalau si Risya nie pandai buat lawak...hahaha...Risya seorang gadis kampung yang berubah sikap selepas kematian ayahnya...

Risya sanggup duduk di atas pokok kerana tak nak di tunangkan dengan Cikgu Zulhilmi...perangainya seperti seorang tomboy tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kewanitaannya..rambutnya masih kekal panjang.

Nama sebenar Risya ialah Nur Farisya Iman bin Rashid..Risya datang ke Kuala Lumpur kerana mengikut kawan baik sekampungnya Zamilah...tempat Milah kerja ada jawatan kosong tetapi Risya bukan memohon jawatan kerani tetapi jawatan sebagai Driver..ehehe...

di situ lah perkenalan Risya dan Farish Hakimi...Risya sangat kecewa jawatan yang di pohonnya
tidak dapat...semasa membetulkan ikatan kasutnya di pintu lif FArish Hakimi telah terlanggar Risya tetapi Farish tidak sedikit pun menoleh untuk minta maaf sebaliknya terus masuk ke pejabatnya...

Risya yang tidak puas hati masuk semula ke ruangan pejabat lalu bertanyakan kepada penyambut tetamu siapakah lelaki yang baru masuk tadi...Farish Hakimi adalah CEO FF Holding...sebenarnya Risya tahu siapa sebenarnya lelaki tadi...

dengan beraninya Risya masuk ke pejabat Farish...pada masa tu Lyn setiausaha Farish ada bersama beliau Lyn mahu memanggilkan securiti tetapi dilarang oleh Farish...Lyn memberitahu Farish bahawa Farisya la tadi yang datang untuk temuduga jawatan Driver tetapi permohonannya di tolak kerana dia adalah seorang perempuan...

Farisya menyuruh Farish meminta maaf darinya sebab Farish yang melanggar Farisya semasa Farisya mengikat tali kasutnya tadi...Farish Hakimi pun memohon maaf darinya...

Farish Hakimi menawarkan kerja kepada Farisya sebagai Drivernya...dalam hati Farish mengatakan cantik sungguh budak nie..ehehe...

bermula la kisah Farisya sebagai driver Farish Hakimi...untuk memudahkan Farisya membawa majikannya Farish Hakimi, Farisya di suruh duduk di belakang rumah Farish...

sebenarnya Farish memang sukakan Farisya...senyuman Farisya yang membuatkan Farish tergoda dan teringat-ingat...lesung pipit di kedua belah pipi Farisya yang membuatkan senyumannya yang menawan di tambah dengan kulitnya yang putih melepak...

bukan sahaja Farish yang sukakan Farisya tetapi rakan perniagaan Farish iaitu Danial pun sukakannya..sesiapa yang tengok Farisya nie memang akan tergoda la kiranya...ehehe...

semasa Farisya on the way balik dr Kedah dia menerima panggilan telefon dari paklongnya yang mengatakan maknya di serang sakit jantung dan di suruh membuat pembedahan secepat mungkin...

Farish yang kesian melihat keadaan Farisya mengajak Farisya ke hospital dimana maknya di masukkan...Farish berjanji akan membiayai kos pembedahan Mak Timah...

Di situlah Mak Timah mengenakan syarat supaya Farisya berkahwin dengan anak angkatnya selepas pembedahannya selamat...setahu Farisya maknya tidak ada anak angkat tapi siapa pulak yan jadi anak angkat maknya...rupa-rupanya Mak Timah menyuruh Farisya berkahwin dengan Farish Hakimi...Farish Hakimi la anak angkat kepada Mak Timah...

Farisya terpaksa ikutkan juga rancangan maknya...tetapi dalam masa yang sama dia mengatur rancangan supaya dia tidak berkahwin dengan bosnya tetapi berkahwin dengan kawan baiknya Zack Kapchai..

Farisya ingat rancangannya akan berjaya tetapi sebaliknya dia yang terkena...En Farish dan ibunya pula yang membuat rancangan supaya Farisya berkahwin dengan Farish...

Farish memang menyintai Farisya...kira Love in the First Side...ehehe...

bermula la kisah Farisya yang bergelar isteri kepada Farish Hakimi...sebenarnya Farish Hakimi adalah seorang yang kuat cemburu...hidup Risya terkongkong...

sebenarnya Farish Hakimi pernah bertunang dan pernah nak melangsungkan perkahwinan tetapi tunang nya lari pada hari pernikahannya...di sebabkan perkara itulah dia menjadi seorang yang kuat cemburu...bekas tunang Farish ialah Suraya anak rakan perniagaan Bapa Farish Tan Sri Farid...Farish juga ada seorang adik perempuan bernama Farah Haleeda...ibunya dah lama meninggal bapanya mengahwini setiausahanya Puan Sri Nora...

Nak tau kisah nie lebih lanjut...beli la dan baca kesudahan hidup Nur Farisya Iman...sama ada derita atau pun bahagia hidupnya di samping Farish Hakimi....


KAU TERCIPTA UNTUKKU

KAU TERCIPTA UNTUKKU

Buku Prima Sdn. Bhd

By Shahriah Abdullah

Harga Buku : RM 18.90
487 muka surat
ISBN 978-967-5234-29-3



Sinopsis Novel

Adrus diciptakan memang miliknya...
maka berakhirlah sebuah cinta.
'Kau Tercipta Untukku.'


"Sampai hati abang cakap Ira macam tu. Bertaubatlah bang...
bertaubatlah...kita bina hidup baru...kita hidup macam dulu bang.
Bahagia dan cari rezeki halal."

"Kenapa Baba tak nak kawin denan Kak Ira?"

"Ya! Saya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan saya mahu bersama anak-anak Engku.
Tetapi saya tidak pernah memasang angan untuk hidup bersama Engku.
Tidak pernah terlintas!"

"Aku akan bunuh kau Ira! Aku akan bunuh anak kau! Kerana kau akan rampas
seala hak dan milikku! Kau memang setan!"

"Berilah Add peluang untuk pilih jalan hidup Add sendiri. Ketepikan tentang
harta, darjat dan pangkat. Semua itu tidak menjamin kebahagiaan buat Add."


........................................................................................................................................................................

Kau Mawarku, Cinta Najlah, Setitis Kasih dan Secalit Sayang hasil karya saya dengan Buku Prima sudahpun berada di pasaran. Alhamdulillah novel-novel terdahulu mendapat sambutan. Kini saya muncul dengan novel terbaru bertajuk KAU TERCIPTA UNTUKKU. Karya kelima saya ini dihasilkan dalam tempoh yang singkat. Kau Tercipta Untukku diilhamkan tentang seorang wanita bernama Mira yang mengharapkan kasih sayang dan cinta sejati untuk dikongsi bersama lelaki yang bergelar suami. Namun perkahwinan Mira dengan Azmi kecundang di tengah jalan. Mira berazam untuk melupakan segalanya tentang cinta dan kasih sayang. Namun semuanya berubah tatkala Engku Adrus hadir dalam hidupnya dan merayu cintanya. Namun dia tidak mampu melawan takdir Illahi, dia terjerat antara kata hati dan simpati.


MY RATING ****


Review...

Alhamdullilah saya dah abis membaca novel ini...jalan ceritanya menarik...
tentang khidupan seorang wanita bernama Mira yang mengimpikan sebuah kebahagiaan daripada sebuah perkahwinan...di cintai dan dikasihi oleh seorang lelaki berelar suami...

walaubagaimana pun disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari...
perkahwinan pertamanya dengan Azmi atas dasar cinta telah kecundang di tengah jalan...

semuanya bermula apabila Mira dan Azmi diberhentikan kerja...Azmi terlalu kecewa dan berputus asa..Mira menasihatkan Azmi untuk tidak berputus asa dan keluar mencari kerja tetapi Azmi tidak mengindahkan nasihat Mira...Mira yang menjadi mangsa dia di salahkan dan di marahi oleh Azmi...

Kerana terlalu marahkan Mira, Azmi keluar dari rumah...Mira terlalu susah hati...2-3 hari selepas Azmi pulang dengan membawa duit yang banyak...Mira terkejut, Mira sangkakan Azmi sudah mendapat kerja tetapi rupannya Azmi seorang kaki judi dan kaki minum...

semuanya terbongkar apabila Mira di datangi oleh jirannya yang memang suka membawa cerita Mak Lijah..Mak Lijah bagitau duit yang Azmi bagi tu adalah duit haram...hasil berjudi...

Mira terlalu marahkan Azmi...apabila Azmi pulang ke rumah Mira memarahi Azmi...Namun Mira pula yang menjadi mangsa dia dipukul dan di rogol oleh suaminya sendiri...

bermula dari peristiwa itulah Mira membenci suami yang memang dicintainya...hilang rasa hormatnya terhadap Azmi...

Mira mula keluar mencari kerja...Mira bekerja sebagai tukang cuci dirumah-rumah mewah...kawan baiknya Nony selalu menasihatinya dan memberi semangat untuk Mira teruskan hidup...

Mira disenangi oleh majikan-majikannya...kerana Mira seorang yang berdedikasi dan berdisiplin
dalam melakukan tugas-tugasnya...

Di situlah Mira berjumpa dengan Engku Adrus...lelaki yang dapat membuka hatinya...Engku Adrus adalah Baba kepada Boboy, Bibi dan Baby...ibu mereka yang mengajikan Mira untuk menjaga anak- anak mereka.. Engku Faridah dan Engku Adrus sudah lama berpisah kerana Engku Faridah menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih lamanya...

Bacalah dan hayatilah kesudahan hidup MIRA....Bahagia atau merana?....



Sunday, March 29, 2009

SURAT UNGU UNTUK NUHA

SURAT UNGU UNTUK NUHA

Jemari Seni Publisher
www.jemariseni.com

By NOOR SURAYA

Harga Buku : RM 20.00
484 muka surat
ISBN 978-983-43217-3-4


Sinopsis Novel

Nuha:

Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh separuh
separuh hati
"selamat malam nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar.

"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?
Cinta terus bertanya.

Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"

Muzzammil:

Nuha, benarkah...tidak semua ombak menemui pantai?


kalau cinta ada sayapnya...terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yang satu
serulah kepada Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia...dan ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang jatuh hati kepadanya


Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemui NUha menaiki Ekspress Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu.


MY RATING *****

Review...


Thursday, March 26, 2009

AKHIR YANG INDAH


AKHIR YANG INDAH

ALAF 21 SDN BHD

By Azah Khalida

Harga Buku : RM 18.00
449 muka surat
ISBN 978-983-124-404


Sinopsis Novel

Dalam ketenangan ini akhirnya kudengar getaran kasihmu...

Syadia Taqwa gelisah diburu cinta tiga jejaka. Ketika mengenali Emir, dia telah lama melupakan
episod kasih bersama Irfan sewaktu di kolej dulu. Baginya, kasih antara dia dan Irfan telah berakhir.

Selembar waktu berlalu, perwatakan Emir yang tenang mencuit hati wanitanya. Namun, perasaan itu cuba dihindari. Dalam pada itu, dapat dirasakan perhatian Afiq terhadapnya bukan sekadar sebagai seorang ketua dan pekerja.

Tiga lelaki yang berbeza peribadi membuatkan Syadia lemas sendiri. Dia bingung dalam menilai erti cinta sebenar. Malah, dia bimbang jika tersilap pilih. Adakalanya Syadia berasa bosan dan mahu sahaja menolak ketia-tia cinta itu untuk terus menyendiri.

Namun, hati kecilnya mula menerima satu getaran kasih luhur yan meresap disanubarinya. Sebaai gadis desa, Syadia belum berani mendengar bisikan hatinya.


My Rating
***


Review

Novel ini seronok juga la baca cerita tentang seorang gadis kampung diminati oleh 3 jejaka...
Banyak perkara berlaku pahit manis seorang gadis bernama SYADIA TAQWA...

PANGGIL AKU DAHLIA.

PANGGIL AKU DAHLIA.

Jemari Seni Publisher
www.jemariseni.com

By NOOR SURAYA

Harga buku : RM 21.00
542 muka surat
ISBN 978-967-5118-09-8


Sinopsis Novel

"Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid" puji ayah tiba-tiba.

Padahal dulu, bukannya aku disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?

Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar?

Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?

Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona dan usahlah terpesona.

MY RATING ****

Review

Tuesday, March 3, 2009

CINTA SEINDAH MADAH

Kaki Novel Enterprise
www.kakinovel.com
Pengedar : Sykt Fajar

By Puteri Andalas

Harga buku : RM 24.00
741 muka surat
ISBN 978-967-5067-04-4



Sinopsis Novel

"Seumpama bayang-bayangku sendiri...ingatan kepadamu kasih...tetapi mengekori kemana sahaja
aku pergi."

LUAHAN SHARINA....

"Aku mencintai Asnawi...
Bagaikan aku memiliki pelangi
Tanpa aku sedari
Pelangi mengundang tsunami di hati

Mengenali Reshidi
Rasa kasih menjelma kembali
Digagahi hati...cuba menafi
Kerana Reshidi masih beristeri

Onak melilit hidupku
Duri merodok hatiku

Namun kerana kejora hati
'ATIM' amanah Ilahi
Aku bangun menggagah diri
Tekad di hati
Cahaya akan kuburu dan kucari
Bukan lagi pelangi atau tsunami...."

Berjayakah Sharina????

My Rating ***


Tuesday, February 24, 2009

SUCI WAJAH RINDU

Creative Enterprise Sdn. Bhd

By Zuraidah Othman

Harga Buku : RM22.90
480 muka surat
ISBN 978-983-893-840-2

Sinopsis Novel

"Pelangi Cinta yang kita titi bersama itu adalah rindu yan kupintal tatkala kehilanganmu"

Sepuluh tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yang tidak pernah tertunai.
Dia meyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian dari mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti. Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar untuk dia menjejaki lelaki itu. Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun...terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orangnya.

Dalam parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba-tiba pada satu subuh yang indah, lelaki itu hadir merawat luka...

My Rating ****

Review

Seronok baca novel nie...kisah seorang anak disisihkan oleh ibu kandungnya tetapi masih mendapat kasih sayang dari seorang ayah...kisah Najwa yang selalu di permainkan dan dipergunakan oleh Farah Hani...seorang anak angkat yang tertalu di sayangi dan di sanjung oleh si ibu...

Sejak kecik lagi Najwa selalu menjadi mangsa pembulian kakaknya Farah Hani...Farah Hani adalah seorang
yang cerdik tetapi tidak pandai mempergunakan kepandaian yang ada sepenuhnya...Hati dan perasaannya hanya la dengan sikap hasad dengki dan dendam terhadap Najwa...Hidupnya adalah untuk memporak-perandakan Najwa...

Farah Hani mempermainkan Najwa dengan meneruskan pertunangan yang sememangnya tidak jadi, kerana hendak
menyebabkan Najwa dipersalahkan Farah Hani sanggup meneruskan juga majlisnya...Najwa tahu yang majlis pertunangan Farah Hani tidak jadi akan tetapi dia tidak tahu macam mana nak beritahu keluarganya... hinggalah dia dipersalahkan dan disisihkan oleh mak dan saudara mara yang lain...

Bapanya yang mmg mempercayainya dan mahu mencari kebenaran akan kata2 Najwa pergi menemui bakal tunang tak jadi Farah Hani...walaubagaimana pun berita gembira yang di bawa oleh si ayah tidak kesampaian apabila si ayah meninggal dalam perjalanan pulang. Najwa terkapai-kapai keseorangan, ibu yang diharap dapat menerimanya terus menerus menyalahkan Najwa...

Najwa terpaksa mencari pekerjaan lain yang tidak ada kena mengena dengan kak longnya...kerana dia tidak
sanggup mendengar ungkitan dari kak longnya...

Penderitaan Najwa berterusan apabila kak longnya berkahwin dengan KAMAL kawan Najwa...sebenarnya kak long
hendak menyakitkan hati Najwa dan hendak menjadikan Kamal sebagai PAK SANGGUP kerana Farah Hani telah mengandung...hasil hubungan dengan bakal tunang tak jadinya...

Akhirnya Najwa berjumpa juga dengan Abang AJ nya...jejaka yang pernah mencuit hatinya 10 tahun yang lalu...
sapa yang tak tertarik dengan Najwa yang sememangnya jujur dan manis...ayu gitu!!!

IKUTILAH KISAH SELANJUTNYA TENTU SERONOK, GERAM, BENCI, SAKIT HATI AKHIR SEKALI PUAS HATI...RUGI TAK BACA TAU!!!


UNTUK KAU DAN AKU

Creative Enterprise Sdn. Bhd

By Najwa Aiman

Harga Buku : RM 34.90
831 muka surat
ISBN 983-893-560-3

Sinopsis Novel

"AKU TAK PERNAH BERCINTA... TETAPI KENAPA AKU MERINDUINYA?"

Mengapa persahabatan ini tiba-tiba berlainan rasa?
Sedar atau tidak...kasih sayang perlahan-lahan mengambil ruang... menyusur di celah-celah bicara kau dan aku. Kau masih tidak sedar...bila sesekali ayatku menyongsang makna... bicaraku mula bertukar nada.Malangnya kau masih juga tidak sedar-sedar... tatkala melamarku buat teman baikmu. Atau... egokah yang meletakkan kau dan aku dalam jurang yang amat payah?

Miza aku tahu matamu basah bila kau cuba mengalah.Dan sendumu itu masih mampu kudengar
walau kau cuba menjauh...

My Rating ***

Review..

Kisah cinta yang tidak kesampaian...antara Azhar dan Azura... Cinta yang tak pernah dilafazkan dan menyebabkan mereka tiada jodoh...cinta ini dikategorikan sebagai cinta monyet...ehehe... Cinta dari zaman sek berterusan sehingga ke universiti tetapi tidak pernah dilafazkan...

Azhar hanya melihat tanpa menolong Azura dimanipulasikan oleh Zarif seorang lelaki yang boleh dikategorikan kasanova dan tidak baik....

Miza pula adalah sahabat baik Azhar...dia yang banyak menasihatkan Azhar walaubagaimana pun dia ada menaruh hati dengan Azhar dalam diam...Namun Azhar masih tidak nampak yang mana 'Plastik' atau Emas...ehehe...

Apabila habis belajar di universiti Azhar membuka Premis lawyernya...dia berkongsi dengan Faziha rakan yang tidak disukainya semasa praktikal lagi...walaubagaimana pun Azhar boleh bermalam serumah dengan Faziha...sehingga melupakan sahabat baik yang dalam kesusahan...

Baca dan ketahui la kesudahan siapa pilihan Azhar akhirnya...Azura, Miza Ataupun Faziha...


Saturday, February 21, 2009

PESONA RINDU

By Sharifah Abu Salem

Alaf 21 Sdn. Bhd

Harga Buku : RM 19.90
563 muka surat
ISBN 983-124-160-6

Sinopsis Novel

RINDU bertandang ketika masin-masing didakap kesepian.Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangan kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa.
Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.

Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka
yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik
biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.

Selepas lima tahun di luar neara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya pada Fazlan
masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu.

Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina
untuk menjaga Fazlan. Bai Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah
pesona.

Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi
Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.

My Rating : ****

Review...

Jalan Cerita ok...tak membosankan...dalam banyak2 novel yang saya baca novel nie la tentang kisah hidup bermadu...

Kalau pada saya hidup bermadu nie memang tak boleh nak diterima la...tapi kerana jalan cerita yang menarik saya teruskan juga pembacaan...rugi tak baca sebab dalam kehidupan kita pun susah nak terima hidup yg bermadu...

Watak2 dalam novel ini semuanya memainkan peranan yang penting...tiga watak utama ialah Najmah, Fazlan dan Darina...tiga org sahabat dan juga Safwan...tetapi watak Safwan hanya la sementara sahaja apabila Safwan meninggal dunia...

Kisah Darina dan Fazlan yan berkahwin pada usia muda...apabila 3 bulan berkahwin Darina mendapat tawaran belajar ke luar negara..kerana mengejar cita dia meninggalkan suaminya keseorangan...

Najmah pula dipulaukan keluarga kerana memutuskan pertunangan yang di aturkan keluarga...Najmah bekerja dengan Fazlan, bermula la kisah percintaan dorang...Fazlan yang kesepian dan Najmah yang keseorangan membibitkan kasih sayang dan cinta pada mereka...

Fazlan yang merasakan Darina tidak menyintainya telah menikahi Najmah walaupun ditentang oleh ibubapa Fazlan pada mula...walaubagaimana pun apabila Najmah telah menjadi menantu dan telah melahirkan KIMI, Najmah diterima oleh kedua ibubapa mertuanya...hanya ibu bapa Najmah sahaja yang masih tidak boleh terima yang anaknya hidup bermadu...

Setelah lima tahun pemergian Darina ke luar negara, Darina pulang dengan membawa perasaan yang mendalam terhadap kasih dan cintanya terhadap Fazlan. setelah kepulangan Darina, Fazlan, Najmah dan keluarga mertuanya masih merahsiakan tentang perkahwinan antara Najmah dan Fazlan...

Darina adalah seorang yang manja lebih2 lagi dengan Najmah manjanya melebih2...sayangnya pada Najmah melebihi segala2nya...perkahwinan dengan Fazlan membuatkan Najmah berasa bersalah terhadap persahabatannya dengan Darina...

Najmah diburu rasa bersalah...kerana telah mengkhianati kepercayaan Darina untuk menjaga Fazlan, tetapi cintanya hadir hanya la untuk sementara...tidak lebih dari sebuah Pesona...

Dalam keadaan dilema siapakah lebih dicintai oleh Fazlan?...Darina atau Najmah? Namun dua2 Fazlan tidak sanggup lepaskan...

JOM IKUTI KESUDAHAN CERITA INI!!!!


BAHTERA KASIH

Alaf 21 Sdn. Bhd

by Liza Zahra

Harga Buku : RM 19.90
542 muka surat
ISBN 978-983-271-8

Sinopsis Novel

CARRA LINA.. suatu nama milik seraut wajah yan memikat hati lelaki.Suaranya yang lunak dan manja mampu menggugat sesiapa yang mendengarnya.Inilah gadis yang sering didambakan
oleh Ichlas dan dipuja oleh Ryan dalam diam.

Namun, dia keliru untuk menitipkan kasihnya antara mereka. Halangan dari keluarga tidak mengizinkannya menecapi kebahagiaan bersama Ichlas, seorang kasanova.

Kini, Carra Lina buntu...Bahtera Kasihnya dilanda badai, dilambung gelora dan akhirnya karam
bersama kabus dan duka. Bukan laut namanya, jika airnya tidak berombak.Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindui dan cemburu bila Ichlas memadu asmara denan rakan baiknya sendiri.

Kini pilihan Carra Lina cuma pada Ryan yan pernah menyelamatkannya. Tetapi bagaimana pula
degan jejaka itu? Dapatkah dia memberikan harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan demi cinta

"Aku cinta padamu." Kenapa pengakuan itu sukar dilafazkan oleh Ryan? Sedangkan Carra Lina
menanti dan terus menanti. Dia jadi sangsi denan perasaan sebenar lelaki itu. Benarlah
kata pepatah 'cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta'.
Carra Lina pasrah.....

My rating : ***

Pendapat

Bagi penggemar novel boleh la mencuba utk baca kisah seorang gadis yang sanggup dambakan cintanya pada seorang lelaki yang tidak pandai menghargainya..seorang gadis yang membelakang kan ibu bapanya hanya cinta dan kasihnya pada seorang lelaki...tetapi dia mula tersedar yang lelaki itu adalah seorang kasanova cintanya tidak sejujur dan seikhlas cinta kekasihnya (CARRA LINA).

Sanggup dia mencari kekasihnya yang di landa badai Tsunami, bila berjumpa di
atas kapal lanun Ichlas tidak mahu menyelamatkannya nasib baik la ada Minardi yang sanggup
menyelamatkannya dari menjadi mangsa perkosaan lanun.Apabila terselamat dr kapal lanun Carra Lina sekali lagi hampir ditangkap semula oleh lanun yan mencarinya..ingat Ichlas sudi menyelamatkannya tapi Ichlas hanya pentingkan diri sendiri..

Carra Lina terpaksa menyelamatkan dirinya sendiri
dari menjadi mangsa lanun durjana itu...Carra Lina dan Minardi di jumpai oleh Ryan di tepi Pulau dimana bot Ryan dan ibunya tersadai rosak di situ...tetapi ajal menemui Minardi hanya surat wasiat di kocek Minardi menjadi bukti cinta Ichlas hanya la palsu..Ryan telah menyelamatkan Carra Lina
hingga la diselamatkan...di Pulau itu la cinta berputik antara Ryan dan Carra Lina....

JOM LA BACA
KESUDAHAN CINTA CARRA LINA DAN RYAN.......