Tuesday, March 31, 2009

CINTA KAU DAN AKU

CINTA KAU DAN AKU

Buku Prima Sdn. Bhd

By Siti Rosmizah

Harga Buku : RM 19.90
679 muka surat
ISBN 978-967-5234-28-6



Sinopsis Novel.

Hanya dirimu yang bisa membawa syurga
dalam hatiku
tanpa dirimu kuhanya manusia
tanpa cinta.

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat Milah tu
sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong
mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver,"
marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga
sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan
menerima saya?." soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak bagitau sayang yang abang sungguh bahagia
dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya.
Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia
dikejutkan denan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi,
suara yang menyebabkan dia kecewa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang
sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendenar suara
itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah
meragut kepercayaannya?

..........................................................................................................................................................................


Cabaran! itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya
novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah
sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba
untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. Penghargaan yan tidak terhingga pada Buku Prima yang tidak pernah jemu untuk terus mencipta nama saya di dalam bidang penulisan. Akhir kata, jutaan terima kasih tidak terhingga buat anda semua kerana tanpa anda siapalah saya. Cinta Kau Dan Aku teristimewa untukmu.


MY RATING *****

Review..

saya begitu teruja bila membaca novel pertama penulis iaitu "Andai Itu Takdirnya"...apabila saya tau penulis dah keluarkan novel terbaru cepat2 saya cari...alhamdulillah dapat juga la saya baca...

memang seronok baca tulisan penulis nie...mula-mula saya ketawa sorang-sorang...lepas tu geram...last sekali sedih...

macam mana la tak ketawa kalau si Risya nie pandai buat lawak...hahaha...Risya seorang gadis kampung yang berubah sikap selepas kematian ayahnya...

Risya sanggup duduk di atas pokok kerana tak nak di tunangkan dengan Cikgu Zulhilmi...perangainya seperti seorang tomboy tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kewanitaannya..rambutnya masih kekal panjang.

Nama sebenar Risya ialah Nur Farisya Iman bin Rashid..Risya datang ke Kuala Lumpur kerana mengikut kawan baik sekampungnya Zamilah...tempat Milah kerja ada jawatan kosong tetapi Risya bukan memohon jawatan kerani tetapi jawatan sebagai Driver..ehehe...

di situ lah perkenalan Risya dan Farish Hakimi...Risya sangat kecewa jawatan yang di pohonnya
tidak dapat...semasa membetulkan ikatan kasutnya di pintu lif FArish Hakimi telah terlanggar Risya tetapi Farish tidak sedikit pun menoleh untuk minta maaf sebaliknya terus masuk ke pejabatnya...

Risya yang tidak puas hati masuk semula ke ruangan pejabat lalu bertanyakan kepada penyambut tetamu siapakah lelaki yang baru masuk tadi...Farish Hakimi adalah CEO FF Holding...sebenarnya Risya tahu siapa sebenarnya lelaki tadi...

dengan beraninya Risya masuk ke pejabat Farish...pada masa tu Lyn setiausaha Farish ada bersama beliau Lyn mahu memanggilkan securiti tetapi dilarang oleh Farish...Lyn memberitahu Farish bahawa Farisya la tadi yang datang untuk temuduga jawatan Driver tetapi permohonannya di tolak kerana dia adalah seorang perempuan...

Farisya menyuruh Farish meminta maaf darinya sebab Farish yang melanggar Farisya semasa Farisya mengikat tali kasutnya tadi...Farish Hakimi pun memohon maaf darinya...

Farish Hakimi menawarkan kerja kepada Farisya sebagai Drivernya...dalam hati Farish mengatakan cantik sungguh budak nie..ehehe...

bermula la kisah Farisya sebagai driver Farish Hakimi...untuk memudahkan Farisya membawa majikannya Farish Hakimi, Farisya di suruh duduk di belakang rumah Farish...

sebenarnya Farish memang sukakan Farisya...senyuman Farisya yang membuatkan Farish tergoda dan teringat-ingat...lesung pipit di kedua belah pipi Farisya yang membuatkan senyumannya yang menawan di tambah dengan kulitnya yang putih melepak...

bukan sahaja Farish yang sukakan Farisya tetapi rakan perniagaan Farish iaitu Danial pun sukakannya..sesiapa yang tengok Farisya nie memang akan tergoda la kiranya...ehehe...

semasa Farisya on the way balik dr Kedah dia menerima panggilan telefon dari paklongnya yang mengatakan maknya di serang sakit jantung dan di suruh membuat pembedahan secepat mungkin...

Farish yang kesian melihat keadaan Farisya mengajak Farisya ke hospital dimana maknya di masukkan...Farish berjanji akan membiayai kos pembedahan Mak Timah...

Di situlah Mak Timah mengenakan syarat supaya Farisya berkahwin dengan anak angkatnya selepas pembedahannya selamat...setahu Farisya maknya tidak ada anak angkat tapi siapa pulak yan jadi anak angkat maknya...rupa-rupanya Mak Timah menyuruh Farisya berkahwin dengan Farish Hakimi...Farish Hakimi la anak angkat kepada Mak Timah...

Farisya terpaksa ikutkan juga rancangan maknya...tetapi dalam masa yang sama dia mengatur rancangan supaya dia tidak berkahwin dengan bosnya tetapi berkahwin dengan kawan baiknya Zack Kapchai..

Farisya ingat rancangannya akan berjaya tetapi sebaliknya dia yang terkena...En Farish dan ibunya pula yang membuat rancangan supaya Farisya berkahwin dengan Farish...

Farish memang menyintai Farisya...kira Love in the First Side...ehehe...

bermula la kisah Farisya yang bergelar isteri kepada Farish Hakimi...sebenarnya Farish Hakimi adalah seorang yang kuat cemburu...hidup Risya terkongkong...

sebenarnya Farish Hakimi pernah bertunang dan pernah nak melangsungkan perkahwinan tetapi tunang nya lari pada hari pernikahannya...di sebabkan perkara itulah dia menjadi seorang yang kuat cemburu...bekas tunang Farish ialah Suraya anak rakan perniagaan Bapa Farish Tan Sri Farid...Farish juga ada seorang adik perempuan bernama Farah Haleeda...ibunya dah lama meninggal bapanya mengahwini setiausahanya Puan Sri Nora...

Nak tau kisah nie lebih lanjut...beli la dan baca kesudahan hidup Nur Farisya Iman...sama ada derita atau pun bahagia hidupnya di samping Farish Hakimi....


No comments:

Post a Comment