Wednesday, April 8, 2009

ANTARA DUA PERSIMPANGAN

ANTARA DUA PERSIMPANGAN

Creative Enterprise Sdn. Bhd

By Siti Rozilah

Harga Buku : RM 22.90
467 muka surat
ISBN 983-893-466-6



Sinopsis Novel.

SANDIWARA INI DI MANAKAH TITIK AKHIRNYA....

Dia keliru di dalam mengenali salasilah diri.
Kekeliruan yang membenteng antara kebenaran
dan dongeng zaman kanak-kanak. Kekeliruan
yang menimbulkan kebencian dan dendam...
Andai hari semalam dapat diputarkan menjadi hari
ini, barangkali dia tidak perlu lagi meratapi
kehilangan semalam bersama luka pertemuan hari ini...


My Rating ***


Review...


Terima kasih kepada KakNa sebab bagi pinjam novel ini, ok la cerita yang disampaikan...
tak lah bosan tapi seronok cuma jalan ceritanya banyak sangat persoalan...banyak sangat
rahsia sehingga ending nya pun masih lagi ada persoalan...

Suraya yang tinggal di kampung dan dibesarkan oleh nenek dan atuknya di kampung Simpang Empat...hidupnya penuh onak dan duri..Suraya tidak abis belajar...hanya setakat tingkatan 3 sahaja...otaknya seperti dah beku untuk menerima pembelajaran di sekolah...tetapi kalau bab akhirat otaknya memang ligat...senang untuk dia ajar...

atuk dan neneknya merahsiakan banyak hal tentang salasilah keluarganya...ibu dan bapa Suraya dikatakan sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.ibunya adalah berasal dari keluarga berada..nenek di sebelah ibunya juga dikatakan sudah meninggal dunia...

Namun hidupnya berubah apabila dia didatangi oleh nenda saudara sebelah ibunya...selama ini Suraya ingat dia hanyalah anak tunggal kepada arwah Abu Hanifah dan Tengku Ariana...nenda saudaranya memerlukan Suraya di Kuala Lumpur untuk menolongnya menjaga ketiga-tiga cucunya...anak kepada Tengku Fuad..isterinya sudah 2 tahun meninggal dunia...

Bermulalah hidupnya di Kuala Lumpur walaupun pada mulanya dia tidak mahu meninggalkan atuk dan neneknya di kampung tetapi apabila dipujuk dia ikut juga...

Di rumah Tengku Fuad juga la dia mengetahui satu lagi rahsia di mana nendanya sendiri masih hidup..kedatangan Suraya di rumah Tengku Fuad telah menyebabkan Tengku Fuad jatuh hati padanya...Gara-gara anak Tengku Fuad memanggil Suraya sebagai mama...

Di Kuala Lumpur juga la Suraya melanjutkan pelajaran yang tertangguhnya dulu...dia mengambil SPM atas nasihat Tengku Fuad...Tengku Fuad meluahkan perasaannya kepada Suraya tetapi di tolak oleh Suraya...menyebabkan Tengku Fuad kecewa lalu mengahwini Zaimah...Perempuan yang memang menyintai Tengku Fuad sepenuh hatinya.

Di rumah Tengku Fuad la Suraya berjumpa dengan nendanya Tengku Khairiah...Tengku Khairiah adalah peneraju Jana Canggih Holding. Selepas habis SPM Suraya tinggal dengan nendanya...hidupnya sentiasa dengan nendanya...sehinggakan Suraya tidak dibenarkan bercampur dengan staf di Jana Canggih sendiri.

Sehingga la jodohnya pun di tentukan oleh nendanya...Suraya disuruh berkahwin dengan Tengku Badrul iaitu cucu kepada rakan baik nendanya Tengku Tan Sri Basiron...yang dahulunya sepatutnya Tengku Ariana la yang sepatutnya berkahwin dengan anak Tengku Tan Sri Basiron iaitu Tengku Mahmud. tetapi Tengku Ariana seorang yang degil dan keras dia berkahwin juga dengan pemuda kampung iaitu ayah kepada Suraya.

Awal perkahwinan Suraya banyak sangat dugaannya kerana Tengku Badrul tidak menyukai dan menyintai Suraya. Tengku Badrul dah ada kekasih hati sendiri iaitu Fatin Mastura..hidup Tengku Badrul dan Fatin Mastura ibarat suami isteri walaupun mereka belum pernah berkahwin lagi...

Sehinggakan pada suatu hari Suraya dapat tahu pasal perhubungan Tengku badrul dan Fatin Mastura. Pada masa yang sama hubungan Tengku badrul dan Suraya semakin baik semanjak mereka bersama. Tengku Badrul mula jatuh hati dengan Suraya...

JOM IKUTI KESUDAHAN HIDUP SURAYA YANG PENUH DENGAN RAHSIA DAN PENGORBANAN!


No comments:

Post a Comment