Tuesday, April 14, 2009

JIKA BENAR CINTA

JIKA BENAR CINTA

Alaf 21 Sdn. Bhd

By Lynn Dayana

Harga Buku : RM 18.00
476 muka surat
ISBN 983-124-272-6



Sinopsis Novel.

Untuk apa disembunyi rasa hati yang terlukis di jendela mata


Dia sukar menyatakan rasa cinta. Seolah-olah ucapan keramat itu bila diucapkan, bakal menjerut lehernya sendiri. Pengalaman lalu yang pahitnya masih lagi terasa juga menjadi punca mengapa dia tidak mahu berlindung di bawah payung hati lelaki. Teduhnya mungkin sementara saja. Kalau boleh, dia mahu hidup sendiri.

Namun, sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukim di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang. Asyik terkenang-kenang.

Gila. Memang benar, cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semuanya indah belaka.

Tetapi...sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali jika hatinya dilukai? Dia tidak tahu. Menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.

Bukan sesuatu yang mustahil, namun 'jika benar cinta' segalanya memerlukan pengorbanan...

My Rating ****

Review...


No comments:

Post a Comment