Tuesday, February 24, 2009

SUCI WAJAH RINDU

Creative Enterprise Sdn. Bhd

By Zuraidah Othman

Harga Buku : RM22.90
480 muka surat
ISBN 978-983-893-840-2

Sinopsis Novel

"Pelangi Cinta yang kita titi bersama itu adalah rindu yan kupintal tatkala kehilanganmu"

Sepuluh tahun lalu AJ pergi meninggalkannya bersama untaian janji yang tidak pernah tertunai.
Dia meyakinkan diri bahawa AJ hanya sebahagian dari mimpi. Tidak mungkin hadir di alam realiti. Dendam dan benci kesumat kak long menolak dirinya semakin jauh dari hidup AJ hinggakan terlalu sukar untuk dia menjejaki lelaki itu. Biarpun rindu terhadap lelaki itu masih berdenyut namun...terlalu mengharapkan keajaiban berlaku bukan dia orangnya.

Dalam parah membelai rindu, dalam pedih membuang onak angkara kak long dan dalam kepayahan menggapai kasih ibu, tiba-tiba pada satu subuh yang indah, lelaki itu hadir merawat luka...

My Rating ****

Review

Seronok baca novel nie...kisah seorang anak disisihkan oleh ibu kandungnya tetapi masih mendapat kasih sayang dari seorang ayah...kisah Najwa yang selalu di permainkan dan dipergunakan oleh Farah Hani...seorang anak angkat yang tertalu di sayangi dan di sanjung oleh si ibu...

Sejak kecik lagi Najwa selalu menjadi mangsa pembulian kakaknya Farah Hani...Farah Hani adalah seorang
yang cerdik tetapi tidak pandai mempergunakan kepandaian yang ada sepenuhnya...Hati dan perasaannya hanya la dengan sikap hasad dengki dan dendam terhadap Najwa...Hidupnya adalah untuk memporak-perandakan Najwa...

Farah Hani mempermainkan Najwa dengan meneruskan pertunangan yang sememangnya tidak jadi, kerana hendak
menyebabkan Najwa dipersalahkan Farah Hani sanggup meneruskan juga majlisnya...Najwa tahu yang majlis pertunangan Farah Hani tidak jadi akan tetapi dia tidak tahu macam mana nak beritahu keluarganya... hinggalah dia dipersalahkan dan disisihkan oleh mak dan saudara mara yang lain...

Bapanya yang mmg mempercayainya dan mahu mencari kebenaran akan kata2 Najwa pergi menemui bakal tunang tak jadi Farah Hani...walaubagaimana pun berita gembira yang di bawa oleh si ayah tidak kesampaian apabila si ayah meninggal dalam perjalanan pulang. Najwa terkapai-kapai keseorangan, ibu yang diharap dapat menerimanya terus menerus menyalahkan Najwa...

Najwa terpaksa mencari pekerjaan lain yang tidak ada kena mengena dengan kak longnya...kerana dia tidak
sanggup mendengar ungkitan dari kak longnya...

Penderitaan Najwa berterusan apabila kak longnya berkahwin dengan KAMAL kawan Najwa...sebenarnya kak long
hendak menyakitkan hati Najwa dan hendak menjadikan Kamal sebagai PAK SANGGUP kerana Farah Hani telah mengandung...hasil hubungan dengan bakal tunang tak jadinya...

Akhirnya Najwa berjumpa juga dengan Abang AJ nya...jejaka yang pernah mencuit hatinya 10 tahun yang lalu...
sapa yang tak tertarik dengan Najwa yang sememangnya jujur dan manis...ayu gitu!!!

IKUTILAH KISAH SELANJUTNYA TENTU SERONOK, GERAM, BENCI, SAKIT HATI AKHIR SEKALI PUAS HATI...RUGI TAK BACA TAU!!!


No comments:

Post a Comment