Saturday, February 21, 2009

BAHTERA KASIH

Alaf 21 Sdn. Bhd

by Liza Zahra

Harga Buku : RM 19.90
542 muka surat
ISBN 978-983-271-8

Sinopsis Novel

CARRA LINA.. suatu nama milik seraut wajah yan memikat hati lelaki.Suaranya yang lunak dan manja mampu menggugat sesiapa yang mendengarnya.Inilah gadis yang sering didambakan
oleh Ichlas dan dipuja oleh Ryan dalam diam.

Namun, dia keliru untuk menitipkan kasihnya antara mereka. Halangan dari keluarga tidak mengizinkannya menecapi kebahagiaan bersama Ichlas, seorang kasanova.

Kini, Carra Lina buntu...Bahtera Kasihnya dilanda badai, dilambung gelora dan akhirnya karam
bersama kabus dan duka. Bukan laut namanya, jika airnya tidak berombak.Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindui dan cemburu bila Ichlas memadu asmara denan rakan baiknya sendiri.

Kini pilihan Carra Lina cuma pada Ryan yan pernah menyelamatkannya. Tetapi bagaimana pula
degan jejaka itu? Dapatkah dia memberikan harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan demi cinta

"Aku cinta padamu." Kenapa pengakuan itu sukar dilafazkan oleh Ryan? Sedangkan Carra Lina
menanti dan terus menanti. Dia jadi sangsi denan perasaan sebenar lelaki itu. Benarlah
kata pepatah 'cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta'.
Carra Lina pasrah.....

My rating : ***

Pendapat

Bagi penggemar novel boleh la mencuba utk baca kisah seorang gadis yang sanggup dambakan cintanya pada seorang lelaki yang tidak pandai menghargainya..seorang gadis yang membelakang kan ibu bapanya hanya cinta dan kasihnya pada seorang lelaki...tetapi dia mula tersedar yang lelaki itu adalah seorang kasanova cintanya tidak sejujur dan seikhlas cinta kekasihnya (CARRA LINA).

Sanggup dia mencari kekasihnya yang di landa badai Tsunami, bila berjumpa di
atas kapal lanun Ichlas tidak mahu menyelamatkannya nasib baik la ada Minardi yang sanggup
menyelamatkannya dari menjadi mangsa perkosaan lanun.Apabila terselamat dr kapal lanun Carra Lina sekali lagi hampir ditangkap semula oleh lanun yan mencarinya..ingat Ichlas sudi menyelamatkannya tapi Ichlas hanya pentingkan diri sendiri..

Carra Lina terpaksa menyelamatkan dirinya sendiri
dari menjadi mangsa lanun durjana itu...Carra Lina dan Minardi di jumpai oleh Ryan di tepi Pulau dimana bot Ryan dan ibunya tersadai rosak di situ...tetapi ajal menemui Minardi hanya surat wasiat di kocek Minardi menjadi bukti cinta Ichlas hanya la palsu..Ryan telah menyelamatkan Carra Lina
hingga la diselamatkan...di Pulau itu la cinta berputik antara Ryan dan Carra Lina....

JOM LA BACA
KESUDAHAN CINTA CARRA LINA DAN RYAN.......

No comments:

Post a Comment