Tuesday, April 14, 2009

JIKA BENAR CINTA

JIKA BENAR CINTA

Alaf 21 Sdn. Bhd

By Lynn Dayana

Harga Buku : RM 18.00
476 muka surat
ISBN 983-124-272-6



Sinopsis Novel.

Untuk apa disembunyi rasa hati yang terlukis di jendela mata


Dia sukar menyatakan rasa cinta. Seolah-olah ucapan keramat itu bila diucapkan, bakal menjerut lehernya sendiri. Pengalaman lalu yang pahitnya masih lagi terasa juga menjadi punca mengapa dia tidak mahu berlindung di bawah payung hati lelaki. Teduhnya mungkin sementara saja. Kalau boleh, dia mahu hidup sendiri.

Namun, sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukim di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang. Asyik terkenang-kenang.

Gila. Memang benar, cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semuanya indah belaka.

Tetapi...sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali jika hatinya dilukai? Dia tidak tahu. Menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.

Bukan sesuatu yang mustahil, namun 'jika benar cinta' segalanya memerlukan pengorbanan...

My Rating ****

Review...


Wednesday, April 8, 2009

ANTARA DUA PERSIMPANGAN

ANTARA DUA PERSIMPANGAN

Creative Enterprise Sdn. Bhd

By Siti Rozilah

Harga Buku : RM 22.90
467 muka surat
ISBN 983-893-466-6



Sinopsis Novel.

SANDIWARA INI DI MANAKAH TITIK AKHIRNYA....

Dia keliru di dalam mengenali salasilah diri.
Kekeliruan yang membenteng antara kebenaran
dan dongeng zaman kanak-kanak. Kekeliruan
yang menimbulkan kebencian dan dendam...
Andai hari semalam dapat diputarkan menjadi hari
ini, barangkali dia tidak perlu lagi meratapi
kehilangan semalam bersama luka pertemuan hari ini...


My Rating ***


Review...


Terima kasih kepada KakNa sebab bagi pinjam novel ini, ok la cerita yang disampaikan...
tak lah bosan tapi seronok cuma jalan ceritanya banyak sangat persoalan...banyak sangat
rahsia sehingga ending nya pun masih lagi ada persoalan...

Suraya yang tinggal di kampung dan dibesarkan oleh nenek dan atuknya di kampung Simpang Empat...hidupnya penuh onak dan duri..Suraya tidak abis belajar...hanya setakat tingkatan 3 sahaja...otaknya seperti dah beku untuk menerima pembelajaran di sekolah...tetapi kalau bab akhirat otaknya memang ligat...senang untuk dia ajar...

atuk dan neneknya merahsiakan banyak hal tentang salasilah keluarganya...ibu dan bapa Suraya dikatakan sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.ibunya adalah berasal dari keluarga berada..nenek di sebelah ibunya juga dikatakan sudah meninggal dunia...

Namun hidupnya berubah apabila dia didatangi oleh nenda saudara sebelah ibunya...selama ini Suraya ingat dia hanyalah anak tunggal kepada arwah Abu Hanifah dan Tengku Ariana...nenda saudaranya memerlukan Suraya di Kuala Lumpur untuk menolongnya menjaga ketiga-tiga cucunya...anak kepada Tengku Fuad..isterinya sudah 2 tahun meninggal dunia...

Bermulalah hidupnya di Kuala Lumpur walaupun pada mulanya dia tidak mahu meninggalkan atuk dan neneknya di kampung tetapi apabila dipujuk dia ikut juga...

Di rumah Tengku Fuad juga la dia mengetahui satu lagi rahsia di mana nendanya sendiri masih hidup..kedatangan Suraya di rumah Tengku Fuad telah menyebabkan Tengku Fuad jatuh hati padanya...Gara-gara anak Tengku Fuad memanggil Suraya sebagai mama...

Di Kuala Lumpur juga la Suraya melanjutkan pelajaran yang tertangguhnya dulu...dia mengambil SPM atas nasihat Tengku Fuad...Tengku Fuad meluahkan perasaannya kepada Suraya tetapi di tolak oleh Suraya...menyebabkan Tengku Fuad kecewa lalu mengahwini Zaimah...Perempuan yang memang menyintai Tengku Fuad sepenuh hatinya.

Di rumah Tengku Fuad la Suraya berjumpa dengan nendanya Tengku Khairiah...Tengku Khairiah adalah peneraju Jana Canggih Holding. Selepas habis SPM Suraya tinggal dengan nendanya...hidupnya sentiasa dengan nendanya...sehinggakan Suraya tidak dibenarkan bercampur dengan staf di Jana Canggih sendiri.

Sehingga la jodohnya pun di tentukan oleh nendanya...Suraya disuruh berkahwin dengan Tengku Badrul iaitu cucu kepada rakan baik nendanya Tengku Tan Sri Basiron...yang dahulunya sepatutnya Tengku Ariana la yang sepatutnya berkahwin dengan anak Tengku Tan Sri Basiron iaitu Tengku Mahmud. tetapi Tengku Ariana seorang yang degil dan keras dia berkahwin juga dengan pemuda kampung iaitu ayah kepada Suraya.

Awal perkahwinan Suraya banyak sangat dugaannya kerana Tengku Badrul tidak menyukai dan menyintai Suraya. Tengku Badrul dah ada kekasih hati sendiri iaitu Fatin Mastura..hidup Tengku Badrul dan Fatin Mastura ibarat suami isteri walaupun mereka belum pernah berkahwin lagi...

Sehinggakan pada suatu hari Suraya dapat tahu pasal perhubungan Tengku badrul dan Fatin Mastura. Pada masa yang sama hubungan Tengku badrul dan Suraya semakin baik semanjak mereka bersama. Tengku Badrul mula jatuh hati dengan Suraya...

JOM IKUTI KESUDAHAN HIDUP SURAYA YANG PENUH DENGAN RAHSIA DAN PENGORBANAN!


Thursday, April 2, 2009

GERIMIS DIHATI

GERIMIS DIHATI

Alaf 21 Sdn. Bhd

By Sharifah Abu Salem

Harga Buku : RM 15.00
395 muka surat
ISBN 983-124-062-6



Sinopsis Novel.

Gerimis Dihati bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia kewujudan Emily hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta.

Sharifah Yasmin, kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya.Apatah lagi, melihat kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid berbalas.

Berjayakah Sharifah Yasmin melakukannya? Bagaimanakah Tengku Farid melalui kehidupan tanpa Emily? Mampukah Tengku Farid melakukan pengorbanan atau Tengku Farid sendiri yang terpaksa menjadi korban.

Denan garapan bahasa yang indah, lembut dan bersahaja,GERIMIS DIHATI pasti meruntun perasaan anda. Sebuah karya yan kaya dengan nilai kasih sayang pengorbanan.

My Rating ***

Review...

Saya pernah baca novel yang ditulis oleh penulis iaitu "PESONA RINDU", novel tu mencuit perasaan saya. Berbeza pula dengan Gerimis Dihati.

Novel ini, mengajar kita erti pengorbanan...Cerita tentang Emily yang datang ke Malaysia hanya
untuk berjumpa dengan ayahnya yang memang dia sendiri tidak pernah jumpa dan tengok serta tidak pernah merasa kasih sayang dari seorang ayah...

Emily yang mendapat telegram dari Tengku Farid yang menyatakan ayahnya sedang nazak datang untuk melihat ayahnya iaitu Syed Mukri. kedatangannya banyak sangat rintangan...

Emily perlu berdepan dengan Tengku Habibah isteri pertama Syed Mukri dan Sharifah Yasmin kakak kepada Emily anak Syed Mukri dan Tengku Habibah.

Selama dia di Malaysia dia menumpang di rumah ibu bapa Tengku Farid iaitu Tengku jamil dan Tengku Faridah. Tengku Jamil adalah adik ipar kepada Tengku Habibah manakala Tengku Faridah pula adalah adik kandung Tengku Habibah.

Tengku Jamil tidak dapat membawa Emily berjumpa dengan Syed Mukri kerana Syed Mukri selalu ditemani oleh Tengku Habibah ataupun Sharifah Yasmin dan Tengku Danial.

walaubagaimana pun Emily dapat juga berjumpa dengan Syed Mukri itupun selepas syed Mukri Koma akibat terkejut mendengar perbalahan keluarganya.

Apabila Syed Mukri sedar dari koma dia bertanyakan dengan Tengku Farid tentang Emily tetapi Emily tidak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana ayahnya telah meninggal dunia semasa Emily dalam perjalanan ke hospital bersama Tengku Farid. Begitu juga dengan Sharifah Yasmin yang tidak dapat berjumpa juga
dengah ayahnya.

Perbalahan dan persengketaan berlaku apabila surat wasiat Syed Mukri dibacakan...Emily antara penerima wasiat tersebut. Tengku Habibah yang mengetahui dia ditipu oleh Syed Mukri telah menyalahkan Tengku Jamil dan isterinya Tengku Faridah kerana menyimpan rahsia perkahwinan Syed Mukri dengan wanita Ingeris Shereen sehingga lahirnya Sharifah Emily binti Syed Mukri.

Sharifah Yasmin yang mencintai Tengku Farid bertambah la sakit hatinya kerana merasakan cintanya terhalang dengan kehadiran Emily. Dia melakukan bermacam-macam cara untuk memikat Tengku Farid tetapi tidak berjaya sehingga lah ibu Tengku Farid, Tengku Faridah membuat rancangan untuk menjodohkan Tengku Farid dan Sharifah Yasmin bertujuan menjernihkan keadaan.

Berjayakah Sharifah Yasmin Berkahwin dengan Tengku Farid? Bagaimanakah kesudahan tentang Emily dan Tengku Farid..Jom baca kesudahan novel ini.