Tuesday, March 31, 2009

CINTA KAU DAN AKU

CINTA KAU DAN AKU

Buku Prima Sdn. Bhd

By Siti Rosmizah

Harga Buku : RM 19.90
679 muka surat
ISBN 978-967-5234-28-6



Sinopsis Novel.

Hanya dirimu yang bisa membawa syurga
dalam hatiku
tanpa dirimu kuhanya manusia
tanpa cinta.

"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat Milah tu
sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong
mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver,"
marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga
sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan
menerima saya?." soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak bagitau sayang yang abang sungguh bahagia
dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya.
Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia
dikejutkan denan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi,
suara yang menyebabkan dia kecewa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang
sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendenar suara
itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah
meragut kepercayaannya?

..........................................................................................................................................................................


Cabaran! itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya
novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah
sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba
untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. Penghargaan yan tidak terhingga pada Buku Prima yang tidak pernah jemu untuk terus mencipta nama saya di dalam bidang penulisan. Akhir kata, jutaan terima kasih tidak terhingga buat anda semua kerana tanpa anda siapalah saya. Cinta Kau Dan Aku teristimewa untukmu.


MY RATING *****

Review..

saya begitu teruja bila membaca novel pertama penulis iaitu "Andai Itu Takdirnya"...apabila saya tau penulis dah keluarkan novel terbaru cepat2 saya cari...alhamdulillah dapat juga la saya baca...

memang seronok baca tulisan penulis nie...mula-mula saya ketawa sorang-sorang...lepas tu geram...last sekali sedih...

macam mana la tak ketawa kalau si Risya nie pandai buat lawak...hahaha...Risya seorang gadis kampung yang berubah sikap selepas kematian ayahnya...

Risya sanggup duduk di atas pokok kerana tak nak di tunangkan dengan Cikgu Zulhilmi...perangainya seperti seorang tomboy tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kewanitaannya..rambutnya masih kekal panjang.

Nama sebenar Risya ialah Nur Farisya Iman bin Rashid..Risya datang ke Kuala Lumpur kerana mengikut kawan baik sekampungnya Zamilah...tempat Milah kerja ada jawatan kosong tetapi Risya bukan memohon jawatan kerani tetapi jawatan sebagai Driver..ehehe...

di situ lah perkenalan Risya dan Farish Hakimi...Risya sangat kecewa jawatan yang di pohonnya
tidak dapat...semasa membetulkan ikatan kasutnya di pintu lif FArish Hakimi telah terlanggar Risya tetapi Farish tidak sedikit pun menoleh untuk minta maaf sebaliknya terus masuk ke pejabatnya...

Risya yang tidak puas hati masuk semula ke ruangan pejabat lalu bertanyakan kepada penyambut tetamu siapakah lelaki yang baru masuk tadi...Farish Hakimi adalah CEO FF Holding...sebenarnya Risya tahu siapa sebenarnya lelaki tadi...

dengan beraninya Risya masuk ke pejabat Farish...pada masa tu Lyn setiausaha Farish ada bersama beliau Lyn mahu memanggilkan securiti tetapi dilarang oleh Farish...Lyn memberitahu Farish bahawa Farisya la tadi yang datang untuk temuduga jawatan Driver tetapi permohonannya di tolak kerana dia adalah seorang perempuan...

Farisya menyuruh Farish meminta maaf darinya sebab Farish yang melanggar Farisya semasa Farisya mengikat tali kasutnya tadi...Farish Hakimi pun memohon maaf darinya...

Farish Hakimi menawarkan kerja kepada Farisya sebagai Drivernya...dalam hati Farish mengatakan cantik sungguh budak nie..ehehe...

bermula la kisah Farisya sebagai driver Farish Hakimi...untuk memudahkan Farisya membawa majikannya Farish Hakimi, Farisya di suruh duduk di belakang rumah Farish...

sebenarnya Farish memang sukakan Farisya...senyuman Farisya yang membuatkan Farish tergoda dan teringat-ingat...lesung pipit di kedua belah pipi Farisya yang membuatkan senyumannya yang menawan di tambah dengan kulitnya yang putih melepak...

bukan sahaja Farish yang sukakan Farisya tetapi rakan perniagaan Farish iaitu Danial pun sukakannya..sesiapa yang tengok Farisya nie memang akan tergoda la kiranya...ehehe...

semasa Farisya on the way balik dr Kedah dia menerima panggilan telefon dari paklongnya yang mengatakan maknya di serang sakit jantung dan di suruh membuat pembedahan secepat mungkin...

Farish yang kesian melihat keadaan Farisya mengajak Farisya ke hospital dimana maknya di masukkan...Farish berjanji akan membiayai kos pembedahan Mak Timah...

Di situlah Mak Timah mengenakan syarat supaya Farisya berkahwin dengan anak angkatnya selepas pembedahannya selamat...setahu Farisya maknya tidak ada anak angkat tapi siapa pulak yan jadi anak angkat maknya...rupa-rupanya Mak Timah menyuruh Farisya berkahwin dengan Farish Hakimi...Farish Hakimi la anak angkat kepada Mak Timah...

Farisya terpaksa ikutkan juga rancangan maknya...tetapi dalam masa yang sama dia mengatur rancangan supaya dia tidak berkahwin dengan bosnya tetapi berkahwin dengan kawan baiknya Zack Kapchai..

Farisya ingat rancangannya akan berjaya tetapi sebaliknya dia yang terkena...En Farish dan ibunya pula yang membuat rancangan supaya Farisya berkahwin dengan Farish...

Farish memang menyintai Farisya...kira Love in the First Side...ehehe...

bermula la kisah Farisya yang bergelar isteri kepada Farish Hakimi...sebenarnya Farish Hakimi adalah seorang yang kuat cemburu...hidup Risya terkongkong...

sebenarnya Farish Hakimi pernah bertunang dan pernah nak melangsungkan perkahwinan tetapi tunang nya lari pada hari pernikahannya...di sebabkan perkara itulah dia menjadi seorang yang kuat cemburu...bekas tunang Farish ialah Suraya anak rakan perniagaan Bapa Farish Tan Sri Farid...Farish juga ada seorang adik perempuan bernama Farah Haleeda...ibunya dah lama meninggal bapanya mengahwini setiausahanya Puan Sri Nora...

Nak tau kisah nie lebih lanjut...beli la dan baca kesudahan hidup Nur Farisya Iman...sama ada derita atau pun bahagia hidupnya di samping Farish Hakimi....


KAU TERCIPTA UNTUKKU

KAU TERCIPTA UNTUKKU

Buku Prima Sdn. Bhd

By Shahriah Abdullah

Harga Buku : RM 18.90
487 muka surat
ISBN 978-967-5234-29-3



Sinopsis Novel

Adrus diciptakan memang miliknya...
maka berakhirlah sebuah cinta.
'Kau Tercipta Untukku.'


"Sampai hati abang cakap Ira macam tu. Bertaubatlah bang...
bertaubatlah...kita bina hidup baru...kita hidup macam dulu bang.
Bahagia dan cari rezeki halal."

"Kenapa Baba tak nak kawin denan Kak Ira?"

"Ya! Saya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan saya mahu bersama anak-anak Engku.
Tetapi saya tidak pernah memasang angan untuk hidup bersama Engku.
Tidak pernah terlintas!"

"Aku akan bunuh kau Ira! Aku akan bunuh anak kau! Kerana kau akan rampas
seala hak dan milikku! Kau memang setan!"

"Berilah Add peluang untuk pilih jalan hidup Add sendiri. Ketepikan tentang
harta, darjat dan pangkat. Semua itu tidak menjamin kebahagiaan buat Add."


........................................................................................................................................................................

Kau Mawarku, Cinta Najlah, Setitis Kasih dan Secalit Sayang hasil karya saya dengan Buku Prima sudahpun berada di pasaran. Alhamdulillah novel-novel terdahulu mendapat sambutan. Kini saya muncul dengan novel terbaru bertajuk KAU TERCIPTA UNTUKKU. Karya kelima saya ini dihasilkan dalam tempoh yang singkat. Kau Tercipta Untukku diilhamkan tentang seorang wanita bernama Mira yang mengharapkan kasih sayang dan cinta sejati untuk dikongsi bersama lelaki yang bergelar suami. Namun perkahwinan Mira dengan Azmi kecundang di tengah jalan. Mira berazam untuk melupakan segalanya tentang cinta dan kasih sayang. Namun semuanya berubah tatkala Engku Adrus hadir dalam hidupnya dan merayu cintanya. Namun dia tidak mampu melawan takdir Illahi, dia terjerat antara kata hati dan simpati.


MY RATING ****


Review...

Alhamdullilah saya dah abis membaca novel ini...jalan ceritanya menarik...
tentang khidupan seorang wanita bernama Mira yang mengimpikan sebuah kebahagiaan daripada sebuah perkahwinan...di cintai dan dikasihi oleh seorang lelaki berelar suami...

walaubagaimana pun disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari...
perkahwinan pertamanya dengan Azmi atas dasar cinta telah kecundang di tengah jalan...

semuanya bermula apabila Mira dan Azmi diberhentikan kerja...Azmi terlalu kecewa dan berputus asa..Mira menasihatkan Azmi untuk tidak berputus asa dan keluar mencari kerja tetapi Azmi tidak mengindahkan nasihat Mira...Mira yang menjadi mangsa dia di salahkan dan di marahi oleh Azmi...

Kerana terlalu marahkan Mira, Azmi keluar dari rumah...Mira terlalu susah hati...2-3 hari selepas Azmi pulang dengan membawa duit yang banyak...Mira terkejut, Mira sangkakan Azmi sudah mendapat kerja tetapi rupannya Azmi seorang kaki judi dan kaki minum...

semuanya terbongkar apabila Mira di datangi oleh jirannya yang memang suka membawa cerita Mak Lijah..Mak Lijah bagitau duit yang Azmi bagi tu adalah duit haram...hasil berjudi...

Mira terlalu marahkan Azmi...apabila Azmi pulang ke rumah Mira memarahi Azmi...Namun Mira pula yang menjadi mangsa dia dipukul dan di rogol oleh suaminya sendiri...

bermula dari peristiwa itulah Mira membenci suami yang memang dicintainya...hilang rasa hormatnya terhadap Azmi...

Mira mula keluar mencari kerja...Mira bekerja sebagai tukang cuci dirumah-rumah mewah...kawan baiknya Nony selalu menasihatinya dan memberi semangat untuk Mira teruskan hidup...

Mira disenangi oleh majikan-majikannya...kerana Mira seorang yang berdedikasi dan berdisiplin
dalam melakukan tugas-tugasnya...

Di situlah Mira berjumpa dengan Engku Adrus...lelaki yang dapat membuka hatinya...Engku Adrus adalah Baba kepada Boboy, Bibi dan Baby...ibu mereka yang mengajikan Mira untuk menjaga anak- anak mereka.. Engku Faridah dan Engku Adrus sudah lama berpisah kerana Engku Faridah menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih lamanya...

Bacalah dan hayatilah kesudahan hidup MIRA....Bahagia atau merana?....



Sunday, March 29, 2009

SURAT UNGU UNTUK NUHA

SURAT UNGU UNTUK NUHA

Jemari Seni Publisher
www.jemariseni.com

By NOOR SURAYA

Harga Buku : RM 20.00
484 muka surat
ISBN 978-983-43217-3-4


Sinopsis Novel

Nuha:

Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh separuh
separuh hati
"selamat malam nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar.

"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?
Cinta terus bertanya.

Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"

Muzzammil:

Nuha, benarkah...tidak semua ombak menemui pantai?


kalau cinta ada sayapnya...terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yang satu
serulah kepada Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia...dan ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang jatuh hati kepadanya


Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemui NUha menaiki Ekspress Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah suatu perjalanan waktu.


MY RATING *****

Review...


Thursday, March 26, 2009

AKHIR YANG INDAH


AKHIR YANG INDAH

ALAF 21 SDN BHD

By Azah Khalida

Harga Buku : RM 18.00
449 muka surat
ISBN 978-983-124-404


Sinopsis Novel

Dalam ketenangan ini akhirnya kudengar getaran kasihmu...

Syadia Taqwa gelisah diburu cinta tiga jejaka. Ketika mengenali Emir, dia telah lama melupakan
episod kasih bersama Irfan sewaktu di kolej dulu. Baginya, kasih antara dia dan Irfan telah berakhir.

Selembar waktu berlalu, perwatakan Emir yang tenang mencuit hati wanitanya. Namun, perasaan itu cuba dihindari. Dalam pada itu, dapat dirasakan perhatian Afiq terhadapnya bukan sekadar sebagai seorang ketua dan pekerja.

Tiga lelaki yang berbeza peribadi membuatkan Syadia lemas sendiri. Dia bingung dalam menilai erti cinta sebenar. Malah, dia bimbang jika tersilap pilih. Adakalanya Syadia berasa bosan dan mahu sahaja menolak ketia-tia cinta itu untuk terus menyendiri.

Namun, hati kecilnya mula menerima satu getaran kasih luhur yan meresap disanubarinya. Sebaai gadis desa, Syadia belum berani mendengar bisikan hatinya.


My Rating
***


Review

Novel ini seronok juga la baca cerita tentang seorang gadis kampung diminati oleh 3 jejaka...
Banyak perkara berlaku pahit manis seorang gadis bernama SYADIA TAQWA...

PANGGIL AKU DAHLIA.

PANGGIL AKU DAHLIA.

Jemari Seni Publisher
www.jemariseni.com

By NOOR SURAYA

Harga buku : RM 21.00
542 muka surat
ISBN 978-967-5118-09-8


Sinopsis Novel

"Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid" puji ayah tiba-tiba.

Padahal dulu, bukannya aku disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?

Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar?

Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?

Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona dan usahlah terpesona.

MY RATING ****

Review

Tuesday, March 3, 2009

CINTA SEINDAH MADAH

Kaki Novel Enterprise
www.kakinovel.com
Pengedar : Sykt Fajar

By Puteri Andalas

Harga buku : RM 24.00
741 muka surat
ISBN 978-967-5067-04-4



Sinopsis Novel

"Seumpama bayang-bayangku sendiri...ingatan kepadamu kasih...tetapi mengekori kemana sahaja
aku pergi."

LUAHAN SHARINA....

"Aku mencintai Asnawi...
Bagaikan aku memiliki pelangi
Tanpa aku sedari
Pelangi mengundang tsunami di hati

Mengenali Reshidi
Rasa kasih menjelma kembali
Digagahi hati...cuba menafi
Kerana Reshidi masih beristeri

Onak melilit hidupku
Duri merodok hatiku

Namun kerana kejora hati
'ATIM' amanah Ilahi
Aku bangun menggagah diri
Tekad di hati
Cahaya akan kuburu dan kucari
Bukan lagi pelangi atau tsunami...."

Berjayakah Sharina????

My Rating ***