Saturday, November 16, 2013

BAWAH POHON SENA


TAJUK    : BAWAH POHON SENA
PENULIS : NISYAH
KELUARAN : JEMARI SENI SDN.BHD
HARGA    : RM 20.00
ISBN    : 978-967-5118-82-1

Kata mama, cinta itu pelik. Cinta akan hadir tanpa kita duga. Memang betullah cinta itu pelik. Cinta takkan pernah hadir jika tiada izin daripada-Nya.

Tiga tahun Lili cuba membina istana kasihnya bersama Harith, namun takdir menentukan sebaliknya. Lantas dia pergi mengundurkan diri mencari tenang di lorong belakang Pasar Seni. Di situ dia bertemu dengan Gibran, si pemuzik jalanan yang mengubat hatinya dengan Ghazal Asmara.

Hati Lili baru sahaja ingin sembuh dengan kehadiran Gibran. Namun dia diuji lagi dengan permintaan Suraya untuk menjadi ibu kepada Puteri Diyana. Dia rela atas dasar simpatinya pada seorang teman. Lalu Gibran ditinggalkannya tanpa sebarang ucapan.

        Gibran, ibaratkanlah dia seperti bumerang....
            Tapi, kalau dia jadi bumerang sesat?

Harith cuba untuk meraih kembali cinta Lili namun hati Lili telah dibawa jauh ke Norway. Benarkah dia akan menemukan impiannya di sana? Atau bahagia itu menantinya di sini.

JANGAN MERAJUK SAYANG





TAJUK    : JANGAN MERAJUK SAYANG

PENULIS : LYNN ALLYNA
KELUARAN : KAKI NOVEL
HARGA    : RM 21.00
ISBN    : 978-967-0448-21-3


        Jangan pernah cuba untuk lepaskan....
        kerana aku juga akan mengikat hatimu sekuatnya.



Fatimah dan Rizal di satukan dalam ikatan pernikahan walaupun hati mereka separuh merelakan. Bukan mudah membina rasa cinta di hati masing-masing. Fatimah memang payah untuk jatuh cinta. Dah ramai lelaki yang kecewa. Ditambah pula dengan perangainya yang panas baran. Tak tahulah lelaki macam mana yang dia inginkan.

Hati Ryzal seakan-akan sudah tertutup untuk cinta bila dirinya ditinggalkan tanpa sepatah kata oleh wanita yang terlalu dicintainya. Setelah dikecewakan, dia jadi liar. Teman wanita silih berganti. Semua itu dilakukan hanya untuk memuaskan hatinya yang sakit. Dan kerana ego juga, dia perangkap Fatimah untuk jadi isterinya.

Fatimah tak selemah yang disangka. Dia akan buat Ryzal menyesal dengan perbuatannya. Hari-hari kerja mereka bergaduh. Tanpa sedar, Fatimah jatuh hati dengan seorang lelaki. Dia terleka seketika dengan cinta pertamanya. Dalam diam juga, Ryzal pula jatuh cinta kepada isterinya.

    Adakah Fatimah akan menjadi isteri yang setia untuk suaminya?
        Adakah cinta Ryzal berbalas?









MR. SIRAP BANDUNG



TAJUK    : MR. SIRAP BANDUNG
PENULIS : NADRA YASMINA
KELUARAN : FAJAR PAKER SDN.BHD
HARGA    : RM 24.00
ISBN    : 978-967-365-160-3


    "you biskut lemak yang masuk kategori rangup berkrim.
     yang lain tu semua spesies lemau!"


Dua insan yang sangat berbeza latar belakang dan personaliti diptemukan di bawah satu bumbung. Teja atau TJ, kerani
stor yang comel, ceria serta gila-gila perwatakannya. Manakala Thaqif Jazman atau Qif, si tampan berlesung pipit sepasang yang cukup cool Pewaris tunggal Kiara Arena Holdings yang jauh membawa diri dan hati ke bumi Kanada. Namun takdir-nya yang manis dan penuh payungan hikmah menemukan kedua-duanya.

    "kalau awak suka seseorang...dan hari-hari awak jumpa dia, awak akan rasa jemu tak?"

Thaqif, anak muda yang kembali ke tanah air demi tanggungjawab kepada keluarga tanpa sengaja bertemu dengan TJ pada hari pertama dia melapor diri di pejabat. Pertemuan singkat di dalam lif tidak tamat di situ. Persahabatan dua darjat terjalin, mesra dan penuh warna-warni kehidupan. TJ banyak membuka mata Thaqif tentang kehidupan dan tentang tanggungjawab sebagai hamba-Nya. TJ  bagaikan lampu picit yang menyuluh jiwa Thaqif yang kelam dan gelap selama ini.

    "Teja itu macam tepung pelita. Misteri macam tepung pelita. Lemak dia atas, tapi rasa manisnya di dasar.
    kalau tak kenal, takkan tau betapa istimewanya dia...."

Makin mengenali sisi seseorang TJ, makin Thaqif yakin dia sudah temui apa yang dia cari selama ini. Namaun bagaimana harus dia bongkarkan identiti diri sebenar? Akan mahukah TJ kepadanya? Bersediakah TJ?

                "TJ ....Please."
            Please konon, Please taik kucing!
        "Awak...awak tolonglah dengar penjelasan saya dulu."
    Boleh jalanlah! Despatch konon. Huh, penipu! Benci! Benci! 
Teja terus melangkah. Dia buat-buat pekak.  
           
TJ yang polos dan lurus tidak menyedari Man despatch yang menjadi teman barunya itu rupa-rupanya CEO baru Kiara Arena Holdings. tatkala segalanya terbongkar, haru biru jadinya. Berjayahkah Qif yang digelarkan TJ sebagai Man Sirap Bandung aka biskut lemak rangup berkrim meyakinkan si gila-gila TJ yang comel, misteri dan istimewa itu akan niat murni hati, sebalik penipuan sunat yang dilakukannya?