Monday, September 16, 2013

Sehangat Asmara

Tajuk : Sehangat Asmara
Penulis : Aisya Sofia
keluaran : Alaf21
Harga : RM 19.90
ISBN 978-983-124-120-7

Sinopsis...

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? dan hipokrikkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya.....

Untuk Semua Dosaku

Tajuk : Untuk Semua Dosaku
Penulis : Rin Ahmad
Keluaran : Kaki Novel
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-5067-32-7

    Bist du mit Liebe verliebt oder liebst du
    der, der, die Liebe erschaffen hat?
    Are you in love with the idea of love,
    or do you love the creator of love?
    Adakah kau mencintai 'cinta' atau
    mencintai Pencipta 'cinta'?


Sinopsis

NUR LISA, gadis pintar yang melamjutkan pelajaran ke Technical University of Munich terperangkap menjadi roomate jejaka kacak, SYED AZRI dengan sexy-smart-beard yang egonya tinggi melangit di studio kecil Pasing, Jerman. Sikap selamba Nur Lisa telah berjaya menambat hati Syed Azri yang pantang dicabar.

Berpasangan dan berkasih bukanlah tiket untuk hubungan kekal lama apabila cahaya hidayah menjengah ruang hati Nur Lisa. Bertahun hidup bersama di bumi asing merantai kaki Nur Lisa tetapi dia tegar melangkah pergi. Pergi meninggalkan semua dosa.

Impian Nur Lisa yang mendambakan lelaki yang beriman sebagai pasangan yang mampu membimbingnya lebur. Bagi Nur Lisa, sedalam mana cintanya terhadap Syed Azri, perkahwinan bukanlah penghapus dosa silap. Dipaksa berkahwin oleh keluarga yang malu apabila mengetahui kehidupan bebas Nur Lisa bersama Syed Azri di Jerman dulu menambah duka.

Betullah kata orang....nak buat baik susah, nak berubah jadi baik, berganda-ganda lagi susah. Tanpa sokongan keluarga dan suami sendiri, mampukah Nur Lisa tegap berdiri di jalan yang telah dipilihnya? Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa?

Giler Kau?

Tajuk : Giler Kau?
Penulis : Dyadila
Keluaran : Kaki Novel dgn kerjasama dyadila.blogspot.com
Harga : RM38.00
ISBN : 978-967-0448-25-1

    Menjadi cinta PERTAMA kepadamu adalah suatu yang HEBAT,
    tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR adalah jauh lebih SEMPURNA.


Pertemuan dalam adegan tak sengaja dengan SYED SYAHRUL ISKANDAR mencetuskan terlalu banyak insiden dalam hidup INTAN AZURA. Keadaan semakin gawat kerana mereka berjiran. Setiap kali terserempak, setiap kali itu juga mereka akan bergaduh.

Kemunculan Lokman Hakeem membuatkan Intan Azura rasa disayangi. Bertambah bahagia apabila lelaki itu menghulurkan kata cinta sehingga membawa kepada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Di saat ingin melakar bahagia, Lokman Hakeem menghilangkan diri pada hari pernikahan mereka. Pengantin lelaki bertukar tempat. Dalam ikatan suami isteri yang didasari atas rasa tanggungjawab membuatkan Intan Azura dan Syed Shahrul Iskandar berdepan dengan pelbagai dugaan dan kisaqh lucu dalam rumah tangga mereka.

Namun, kebahagiaan yang baru berputik terganggu dengan kemunculan semula Lokman hakeem yang menagih kembali cinta. Intan Azura dan Zaireen Amalina yang sememangnya menggilai Syed Shahrul Iskandar sejak dulu.
Apakah kesudahan kisah Syed Shahrul Iskandar dan Intan Azura?