Thursday, June 13, 2013

Calon Isteri Jutawan.

Tajuk : Calon Isteri Jutawan.
Penulis : Nuriffa.
Keluaran : Penulisan2u
Harga : RM25.00
ISBN 978-967-0567-05-1

Sinopsis...

Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! merekalah calon-calon isteri jutawan.

    Pencarian isteri untuk jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.

Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. namun dia juga ingin mencuba nasib. Temuduga itu dihadirinya dengan penuh harapan.

"Lemah lembut? No... Manja? No... Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus."
"Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni."

"Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temuduga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temuduga untuk mencari akauntan."

Apa? Dia sudah tersalah tempat temuduga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa. Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan.
Sebaliknya....

" Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya."
"Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar."
"Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan."

    Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalan Calon Isteri Jutawan.

Thursday, June 6, 2013

Akhirnya Aku Kahwin

Novel Akhirnya Aku Kahwin.
Tajuk : Akhirnya Aku Kahwin!!!
Penulis : Herna Diana
Keluaran : Karangkraf
Harga : RM 19.90
ISBN 978-983-124-725-9

Sinopsis...

Didi - gadis 'comel' yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya.
Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencintai dan dicintai. Dia tidak pernah jemu emnanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Kata-kata ibarat bom nuklear yang keluar dari mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya "Debab'. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom.

Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! daripada dia melayan mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat^ Di^Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. mungkin jodohnya dengan rakan chattingnnya itu. Siapa tahu?