Sunday, December 4, 2011

BIDADARI HUJAN






TITLE : BIDADARI HUJAN
PUBLISHER : Jemari Seni Publishing
AUTHOR : NORA ISMAIL
PRICE : RM 20.00
PAGES : 508
ISBN : 978-967-551189-34-0









SYNOPSIS.




Kasihan itu salah satu cabang cinta!



Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku
terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.
Dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung
cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya.
"Harap-harap esok pagi hujan lagi!" kataku sambil
menghadiahkan senyum.
Matanya memanah hatiku dengan busur arjuna.
Lalu hari-hari selepas itu, aku bukannya lagi Raimy Haidar
yang dulu.


Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung.
"Macam mana saya nak pulangkan?'
Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing
kembali menghadap aku.
Oh, dia bukannya Bidadari Hujan aku yang dahulu. Tingkahnya
penuh pekerti senyumannya penuh erti.
"Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah
andai awak rasa mahu membuangnya."


Apa jawab hati aku pada saat itu?

@@@@



Tulisan NOOR AZZAHRA buat yang mahu mentafsir cinta dari
sudut yang lain. Benarkah lelaki tidak halus hatinya dalam
menzahirkan cinta? Bolehkah cinta datang untuk kali keduannya?
Tanyalah kepada Bidadari Hujan, biarkan dia yang menjawab
semua persoalan anda itu!



Rating *****







Friday, December 2, 2011

TUHAN LEBIH TAHU


TITLE : TUHAN LEBIH TAHU
PUBLISHER : NB Kara Sdn. Bhd
AUTHOR : NORA ISMAIL
PRICE : RM 23.90
PAGES : 670
ISBN : 978-967-5229-07-7


dugaan itu terlalu sukar
untuk ditempuhinya.....

SYNOPSIS.

Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke Mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yang datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yang memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yang cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dengan Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? namun akhirnya Rina sedar dalam hidup bagaimana kita mencaturnya.......


Rating *****




DURI


TITLE : DURI
PUBLISHER : INSTENS MEDIA
AUTHOR : FAUZIAH ASHARI
PRICE : RM 21.50
PAGES : 505
ISBN : 983-43162-0-8

SYNOPSIS.

ku dengar
nafasmu dihembus
angin yang menyapa.....

Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan.

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.

Dia ditinggal kekasaih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang mencintai adik kandungnya dan berhadapan pula dengan ibu mertua yang egoistik.

Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mertua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?

Mmapukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati Sufi yang penuh duka dan dendam?

Ikutilah kisah Sufi yang cuba mencabut DURI di hati.


Rating *****



TAK MUNGKIN KUHINDAR


TITLE : TAK MUNGKIN KUHINDAR
PUBLISHER : Fajar Pakeer Sdn . Bhd
AUTHOR : ANA SOFIYA
PRICE : RM 29.90
PAGES : 628
ISBN : 978-967-365-014-9


kasihku, sayangku,
cintaku tiada dua,
namun mengapa hatimu penuh curiga?


SYNOPSIS.

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang HIsyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

Rating ****