Monday, November 30, 2015

TUAN ANAS MIKAEL

"Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan." - AYU MAISARAH

"Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga". -TUAN ANAS MIKAEL

Saturday, November 16, 2013

BAWAH POHON SENA


TAJUK    : BAWAH POHON SENA
PENULIS : NISYAH
KELUARAN : JEMARI SENI SDN.BHD
HARGA    : RM 20.00
ISBN    : 978-967-5118-82-1

Kata mama, cinta itu pelik. Cinta akan hadir tanpa kita duga. Memang betullah cinta itu pelik. Cinta takkan pernah hadir jika tiada izin daripada-Nya.

Tiga tahun Lili cuba membina istana kasihnya bersama Harith, namun takdir menentukan sebaliknya. Lantas dia pergi mengundurkan diri mencari tenang di lorong belakang Pasar Seni. Di situ dia bertemu dengan Gibran, si pemuzik jalanan yang mengubat hatinya dengan Ghazal Asmara.

Hati Lili baru sahaja ingin sembuh dengan kehadiran Gibran. Namun dia diuji lagi dengan permintaan Suraya untuk menjadi ibu kepada Puteri Diyana. Dia rela atas dasar simpatinya pada seorang teman. Lalu Gibran ditinggalkannya tanpa sebarang ucapan.

        Gibran, ibaratkanlah dia seperti bumerang....
            Tapi, kalau dia jadi bumerang sesat?

Harith cuba untuk meraih kembali cinta Lili namun hati Lili telah dibawa jauh ke Norway. Benarkah dia akan menemukan impiannya di sana? Atau bahagia itu menantinya di sini.

JANGAN MERAJUK SAYANG





TAJUK    : JANGAN MERAJUK SAYANG

PENULIS : LYNN ALLYNA
KELUARAN : KAKI NOVEL
HARGA    : RM 21.00
ISBN    : 978-967-0448-21-3


        Jangan pernah cuba untuk lepaskan....
        kerana aku juga akan mengikat hatimu sekuatnya.



Fatimah dan Rizal di satukan dalam ikatan pernikahan walaupun hati mereka separuh merelakan. Bukan mudah membina rasa cinta di hati masing-masing. Fatimah memang payah untuk jatuh cinta. Dah ramai lelaki yang kecewa. Ditambah pula dengan perangainya yang panas baran. Tak tahulah lelaki macam mana yang dia inginkan.

Hati Ryzal seakan-akan sudah tertutup untuk cinta bila dirinya ditinggalkan tanpa sepatah kata oleh wanita yang terlalu dicintainya. Setelah dikecewakan, dia jadi liar. Teman wanita silih berganti. Semua itu dilakukan hanya untuk memuaskan hatinya yang sakit. Dan kerana ego juga, dia perangkap Fatimah untuk jadi isterinya.

Fatimah tak selemah yang disangka. Dia akan buat Ryzal menyesal dengan perbuatannya. Hari-hari kerja mereka bergaduh. Tanpa sedar, Fatimah jatuh hati dengan seorang lelaki. Dia terleka seketika dengan cinta pertamanya. Dalam diam juga, Ryzal pula jatuh cinta kepada isterinya.

    Adakah Fatimah akan menjadi isteri yang setia untuk suaminya?
        Adakah cinta Ryzal berbalas?